Friday, 18 September 2015

Disappointed .

Assalamualaikum .

Lama tak jengukk blog . Berhabuk siott  xD

Today , 18 of september . It's my birthday !!  wihiii . Fifteen bruh !  Hahaa . Sumpah happy bila kena prank dengan Haz and Myra guna tepung and telur . Thanks gaiss . You really made my day . Aku hargai doe apa yang kau buat untuk aku tu . And Haz gave me satu packet kitkat . Sama macam apa yang dia bagi aku last year . haha . Aku hargai doe semua tu  . Happy sangat sangat . First time kena prank macam tu ^^
    Thanks a lot jugak dekat semua orang yang wish aku . Tak kisah lha kat wassap or twitter or facebook or face to face sekalipunn . Kawan kawan sahabat handai kenalan yang tak kenal semua wish . Okay actually tak lha semua .Rasa terharu jugakk lha sebab orang yang langsung aku tak ingat tarikh birthday dia , tiba tiba tanpa disengajakan boleh pulak wish birthday aku . Sumpah happy . Thanks a lot guys !
     Tapi .. orang yang aku harap sangat sangat akan wish aku , langsung tak wish . Bukan setakat tak wish . Tapi langsung tak ingat . Sedih gila kott . Aku harap sangat sangat yang dia akan wish walaupun lambat . Tapi .. langsung tak de weyh . Langsung tak de ! Maybe aku silap kot . Aku salah anggap mungkin ? Sokay lhaa . Kalau last year , ada angah yang tunggu sampai pukul 12 pagi untuk jadi orang pertama yang wish :') Tahun sebelumnya lagi ada kimot yang sentiasa ingat birthday aku dan tak lupa untuk bagi aku hadiah :')  Sokayy Qila . Diorang dah tak de dah pun . Diorang dah bahagia dah pun .
     Takpe lha . Aku still ada kawan yang boleh sokong aku dari belakang , sambut aku bila aku jatuh (takde sape larat nak sambut aku xD), nasihat aku bila aku buat salah , menggila dengan aku untuk buat aku happy . hahaha . banyak sangat dah jasa kawan kawan aku ni .
     And now aku sedar yang tak semestinya orang yang kita sayang , orang yang kita belai , orang yang kita damping selalu tu akan ada untuk ingat setiap tarikh istimewa kita . haha . Actually memang tak penting pun untuk ingat tarikh birthday aku . Cuma agak terkilan lhaa sebab aku berharap yang dia akan wish walaupun lambat . haha . sokayy . Dah nasib badan kan . Okay ! That's all for today . Banyak lagi sebenarnya nak cerita tapi malas gila bapak nak update .

Wassalam ~  :*

Tuesday, 21 April 2015

Story Whatever ~

Assalamualikum . And hello guys .

Tengok tajuk tu . Actually kali ni this story is about me .
Ya . It's about me . And him . Aku tak sangka gila babi . Entah kali ke berapa aku kena tipu dengan orang . Kenapa lha time aku dah jatuh sayang , dah jatuh cinta baru aku tahu kebenarannya . Dah terlambat sangat sangat dah . Sebab tu orang kata cinta itu buta .
    Bila dah sayang sangat dekat someone tu , memang susah nak tengok kesalahan dia even depan mata sekalipunn . Bodoh ek ? Aku still stay dengan orang yang dah tipu aku . Aku sendiri tak faham dengan diri aku ni . Apa yang aku nak sebenarnya ? Owh maybe aku dah penat kot . That's why aku tak kisah apa orang nak buat .
     Ya , I'm so tired . Penat doe dengan semua lakonan dunia . Semua kata kata harapan semangat yang palsu belaka  -_-  Penat .. Arghhh !  Suka hati lha nak buat apa lepas ni . Pandai pandai lha aku pendam dalam hati right ? Just shut up and stay cool . hahaha . Tapi asal aku sorok something , ada jek yang perasan . Haishh .
      Entah pape jek lha diorang ni . Susah nak sorok something dari kawan sendiri kan ? Mesti ada jek tanya 'Kau oke tak Qila ?' . wahahaha . Kalau tak dua pun ada lha jugak sorg yang tanya cemtu . Btw , aku rasa macam dah lari dari tajuk asal lha weyh . haha . Sokayy . Hope one day aku boleh dapat apa yang aku nak . Apa yang aku nak ?  Aku pun tak tahuuuu ~  blablablaa , Nobody cares !
      Lastly , aku nak ucap tahniah dekat Wawa sebab dah dapat phone baru . And also thanks dekat semua classmate aku (except someone) and Cikgu Zalina . Sebenarnya aku rasa happy gila heaven gila bila dah pasang tikar getah dekat kelas . hikkhikk . Cantik doe kelas kitorang . Kau hado ?  >.<
       Oke dah bye . haha . sampai sini je story aku . Walaupun dah lari tajuk tapi story memang mantop . Ye aku tahu dah . Tak payah cakapp . cehh , haha .

Wassalam  :*

Monday, 6 April 2015

Kesian Oyenn :'(

Assalamualaikum and hello ~

Kali ni bukan story pasal aku . It's about .. A cat ..
Actually beberapa hari yang lalu aku online facebook and apa yang aku baca ialah pasal seorang hamba Allah yang membela seekor kucing (aku tak ingat dia dapat dari mana kucing tu) . Kucing bulunya warna oren . Oh ya baru aku ingat nama tuan kucing tu Hilmi Syukran . This boy post kat fb dia mintak tolong pada sesiapa yang boleh tolong bawa Oyen pergi vet supaya Oyen ni dapat dirawat . Kaki Oyen sakit and Oyen banyak sangat kurap . Tuan kucing ni kata dia tak de transport nak hantar oyen pergi vet tapi dia akan bayar semua kos rawatan untuk Oyen .
   Maybe dalam masa terdekat ni ada yang tolong kot . Tu yang petang tadi aku online , terus jek keluar pasal si Oyen tuh . Rupanya Oyen memang dah dibawa ke vet . Tapiii ... Kaki Oyen tu dah tak boleh dirawat lagi . Doktor kata sama ada kaki Oyen and ekornya sekali dipotong atau 'ditidurkan' . Sayu jek hati aku baca time tu  :'(
    Tak sampai hati tengok Oyen macam tu . Ya , even aku tak kenal siapa empunya Oyen tu and Oyen tu sekali , tapi sumpah rasa sedih tu aku dapat rasa yang teramat sangat . Aku pun ada kucing jugak weyh . Dia lari dari rumah seminggu pown aku carik bagai nak rak , ni kan pulak kucing yang mati depan mata tuannya . Siapa tak sedih woii  :'0
     Hope sangat tuan Oyen bersabar . emm .


sekian .. wassalam  :'(




   

Thursday, 2 April 2015

Tak pe . Dah Biasa :')

Assalamualikum and hello world .
2.02 a.m. Aku terjaga dari tidur .

Aku .. Tak sangka pulak boleh jadi macam ni . Semua orang sama je . Tak de beza . Kenapa perlu menipu ? Aku tau aku bodoh but tak perlu lha rasanya memperbodohkan aku . Aku tak tau mana silap aku . Semua yang aku kenal tak de beza . Aku bukan macam apa yang kau nampak . Sekeras keras aku pun aku masih ada hati . Masih ada perasaan weyh .
   Penat rupanya . Penat jaga hati orang . Aku sibuk sangat jaga hati orang sampai aku tak fikir pun apa yang orang buat kat aku . Bodoh kan ? Bodoh sangat-sangat . Aku nak cakap lebih lebih pun aku tak de hak . And apa yang aku boleh cakap bila semua ni berlaku is .. 'TAK PE . DAH BIASA .' 
   Aku mengejar pada benda yang berlari . That's why lha aku rasa penat sangat kot . Tapi penat macam mana pun tak jugak serik . Bila kau nak sedar Qila ??!  Bila kau nak sedar . Ini semua permainan weyh ! Permainan ! Kau yang bodoh sangat pahal ?! Dah lha Qila . Move on .
    Nampak sangat aku bodoh dalam hal macam ni . Hahahaha . Meh gelak ramai ramai ! Kenapa lha jadi macam ni . Aku masih tak sedar apa orang sekeliling aku buat . Tapi apa salahnya kau jujur bro ? Jujur je ! Tak salah weyh . At least aku tak lha berharap sangat . Masalah betul lha kau neh !  :'(

Take a note . Wassalam .

Wednesday, 11 March 2015

Diam .

Assalamualaikum .
Actually I'm not in mood .

Aku bukan manusia yang sempurna . Apatah lagi untuk menjadi malaikat yang tak berdosa . Aku mengaku la aku jahat . :)  Bukan apa , cuma rasa berdosa gila bila kawan sendiri anggap diri aku ni macam macam . Even bukan dari mulut dia , tapi aku tahu apa dia rasa bila aku rapat dengan orang yang dia sayang .
  Ya . Even baik macam mana pun kita dengan best perenggg poreberr kita tu , tipu la kalau tak de rasa sikit pun cemburu ke iri hati ke apa ke , Memang tipu la kalau tak de . Aku pun manusia jugak beb . Aku tau .
   Tak boleh la macam ni . hemm .. Sokay Qila . Just shut up and ignore everything around you . hemm . That's all for today . Thank you  :)

wassalam ~