Wednesday, 30 March 2016

Momo Dalam Kenangan ❤

Assalamualaikum . Well hello world ..
   Momo . Makhluk Allah yang dah setahun lebih pergi dari dunia ni . Yang paling disayangi paling dicintai dan paling dikenang . Dia lah jantung dia lah hati . Agak susah nak lupakan dia sebab dah terlalu sayang mungkin ? Hampir setiap hari aku kenang dia . Aku rindu dia . Tapi dia dah pergi . Dia takkan kembali .

 Ni la Momo . Buah hati aku . Dulu.. aku paling beria nak bela diaas ga  . Aku yang sibuk sibuk nak beli sangkar dia sebelum aku ambik dia dari rumah atok .   Bila dia dah ada dekat rumah .. dah duduk dalam sangkar .. aku letak sangkar dekat bilik aku biar dia duduk dengan aku . Dia baby lagi masa tu . Kecik jek . 
 Aku tau dia tak boleh makan lagi . So, aku basahkan makanan dia sampai jadi lembut biar dia boleh makan . Aku jaga dia baik baik . Tapi mungkin tak cukup baik kot . Aku paling takut kalau dia keluar rumah sebab takut orang curi . Dia lawa . Bulu tebal . Siapa yang tak nak kan ? Aku rindu diaa . Before dia mati .. pipi dia membengkak . Tak sure kenapa . Bengkak sangat sangat . Tak lama lepas tu pipi dia yang bengkak and kembung macam belon tu pecah and jadi macam luka . Then aku fikir la mungkin dia dah okay . Beberapa hari lepas tu .. Momo hilang selara makan minum . Masa tu aku dah risau sangat . Aku pujuk dia suruh makan minum tapi dia macam tak bermaya . Tapi dia tetap jalan pergi bilik air sebab dia nak teguk air dalam gayung . Nafas dia laju sangat . Macam orang tengah sesak nafas . Sedih aku tengok keadaan dia masa tu . Sehari sebelum dia mati pun keadaan dia still macam tu jugak . 
     Esoknya aku pergi sekolah ada kelas arab . Then masa tu sebelum kelas mula , aku ada pergi pasar depan sekolah je . Aku beli air milo . Masa orang tu tengah hulur nak kasik aku , air tu tumpah . tak tau la macam mana boleh tiba tiba jatuh . masa tu aku tak fikir apa apa pun actually ((tak tau la ada kaitan ke tak)) . Tapi bila kelas dah habis kelas , aku nak balik la kan . Aku tak sampai rumah lagi . Aku singgah rumah atok aku dulu sebab nampak motor mak aku ada dekat situ . Tiba tiba adik aku terus cakap yang Momo dah tak de . Punya lah sedih aku time tuu . tapi mak langsung tak perasan aku nangis . Aku nangis sorok sorok sikit even depan mak . Entah kenapa macam tak nak balik rumah terus rasanya . Sumpah sedih . Lepastu baru lah aku teringat pasal air tumpah kat pasar tu . Macam ada tanda mungkin ? emm .. Aku rindu dia weyh . Takkan boleh lupa . Dia sempurna depan mata aku . Semoga aku ditemukan lagi dengan Momo dekat syurga kelak ., Aminnn . Momo jaga diri baik baik sayang dekat sana . 

                                                  *MOMODALAMKENANGAN* :')
                                                                     Wassalam~

Thursday, 10 March 2016

Cuba Relax ? 😒

Assalamualaikum

Lama tak update . Semuanya atas faktor malas and buzy .. sangat . Hahahah .

So this story is about people who tak reti nak terima teguran walaupun dia tahu tu salah dia . Sorry english terabur . Exam hari tu pun dapat 55% je . Aahaha . Oke dah .
  Actually aku aku tak suka jenis orang macam ni . Aku tak la tunding jari kat sesiapa but selalu sangat bila aku bukak WeChat ada je moment pasal yang berkaitan dengan ni la benda yang aku nak cerita ni . Ya even maybe bukan salah kau pun , kau boleh kot nak terima cara baik .
   And yang menegur pulak , cuba jangan marah marah ? Boleh kan tegur cara baik ? Macam mana tak melenting orang yang ditegur tu ? Cuba tegur silap dia tu bukan dekat depan member member dia or dekat tempat awam . Mesej dia ke .. panggil dia personal ke .. boleh kan ? Tapi kalau dah guna cara tu pun orang yang ditegur tu melenting , kau lempang je kasik sedor diri sikit --' Haha kidding . XD
   Tapi yang ditegur tu pun sabar la cuba jangan mantul balik . Tak pun cakap la baik baik dengan orang yang tegur tu yang kau tak salah . Ini tidak .. update moment or status maki maki bagai . Apebende semua tu ? Ahahaa . Hari hari jadi bahan lawak aku . Hari hari buat aku gelak . Nasib tak pecah perut . Bukan apa laa , aku sejak dah matang sikit ni ((cehhh)) aku dah mula positif thinking je . Hahahah .
   Aku dulu gitu jugak asyik tak puas hati je tapi tak de la sampai update maki maki . Malu doe bila buat macam tu then orang baca . Pernah la aku update tapi tak de la maki kaw2 . Maklumlah aku diperhati . Paling paling pun dulu update 'sial bodoh' je dekat moment WeChat . Sekarang tak dah . Dah reti malu . Ahahhahha
   Sambil sambil aku ingatkan orang  , aku ingatkan diri sendiri jugak . Lagi banyak silap aku sebenarnya dari lahir sampai dah tua ni . Hari hari buat salah . Haahaha . Dosa dah menggunung , pintu taubat masih terbuka , bila pulak nak bertaubat ? Haihh . Malu jugak dengan diri sendiri kadang kadang . Nak nasihat orang pun takut sebenarnya sebab aku sedar silap aku lagi banyak . Apakan daya .. update sini je la mampu . Wahaha . Nasib la ada yang baca ke tak . Kisah apa aku ? 😂
  Okay done for today . Semoga aku makin rajin dalam mengupdate or menyiapkan semua kerja . Aminnnn .
   Sekian ,, wassalam ~

Friday, 18 September 2015

Disappointed .

Assalamualaikum .

Lama tak jengukk blog . Berhabuk siott  xD

Today , 18 of september . It's my birthday !!  wihiii . Fifteen bruh !  Hahaa . Sumpah happy bila kena prank dengan Haz and Myra guna tepung and telur . Thanks gaiss . You really made my day . Aku hargai doe apa yang kau buat untuk aku tu . And Haz gave me satu packet kitkat . Sama macam apa yang dia bagi aku last year . haha . Aku hargai doe semua tu  . Happy sangat sangat . First time kena prank macam tu ^^
    Thanks a lot jugak dekat semua orang yang wish aku . Tak kisah lha kat wassap or twitter or facebook or face to face sekalipunn . Kawan kawan sahabat handai kenalan yang tak kenal semua wish . Okay actually tak lha semua .Rasa terharu jugakk lha sebab orang yang langsung aku tak ingat tarikh birthday dia , tiba tiba tanpa disengajakan boleh pulak wish birthday aku . Sumpah happy . Thanks a lot guys !
     Tapi .. orang yang aku harap sangat sangat akan wish aku , langsung tak wish . Bukan setakat tak wish . Tapi langsung tak ingat . Sedih gila kott . Aku harap sangat sangat yang dia akan wish walaupun lambat . Tapi .. langsung tak de weyh . Langsung tak de ! Maybe aku silap kot . Aku salah anggap mungkin ? Sokay lhaa . Kalau last year , ada angah yang tunggu sampai pukul 12 pagi untuk jadi orang pertama yang wish :') Tahun sebelumnya lagi ada kimot yang sentiasa ingat birthday aku dan tak lupa untuk bagi aku hadiah :')  Sokayy Qila . Diorang dah tak de dah pun . Diorang dah bahagia dah pun .
     Takpe lha . Aku still ada kawan yang boleh sokong aku dari belakang , sambut aku bila aku jatuh (takde sape larat nak sambut aku xD), nasihat aku bila aku buat salah , menggila dengan aku untuk buat aku happy . hahaha . banyak sangat dah jasa kawan kawan aku ni .
     And now aku sedar yang tak semestinya orang yang kita sayang , orang yang kita belai , orang yang kita damping selalu tu akan ada untuk ingat setiap tarikh istimewa kita . haha . Actually memang tak penting pun untuk ingat tarikh birthday aku . Cuma agak terkilan lhaa sebab aku berharap yang dia akan wish walaupun lambat . haha . sokayy . Dah nasib badan kan . Okay ! That's all for today . Banyak lagi sebenarnya nak cerita tapi malas gila bapak nak update .

Wassalam ~  :*

Tuesday, 21 April 2015

Story Whatever ~

Assalamualikum . And hello guys .

Tengok tajuk tu . Actually kali ni this story is about me .
Ya . It's about me . And him . Aku tak sangka gila babi . Entah kali ke berapa aku kena tipu dengan orang . Kenapa lha time aku dah jatuh sayang , dah jatuh cinta baru aku tahu kebenarannya . Dah terlambat sangat sangat dah . Sebab tu orang kata cinta itu buta .
    Bila dah sayang sangat dekat someone tu , memang susah nak tengok kesalahan dia even depan mata sekalipunn . Bodoh ek ? Aku still stay dengan orang yang dah tipu aku . Aku sendiri tak faham dengan diri aku ni . Apa yang aku nak sebenarnya ? Owh maybe aku dah penat kot . That's why aku tak kisah apa orang nak buat .
     Ya , I'm so tired . Penat doe dengan semua lakonan dunia . Semua kata kata harapan semangat yang palsu belaka  -_-  Penat .. Arghhh !  Suka hati lha nak buat apa lepas ni . Pandai pandai lha aku pendam dalam hati right ? Just shut up and stay cool . hahaha . Tapi asal aku sorok something , ada jek yang perasan . Haishh .
      Entah pape jek lha diorang ni . Susah nak sorok something dari kawan sendiri kan ? Mesti ada jek tanya 'Kau oke tak Qila ?' . wahahaha . Kalau tak dua pun ada lha jugak sorg yang tanya cemtu . Btw , aku rasa macam dah lari dari tajuk asal lha weyh . haha . Sokayy . Hope one day aku boleh dapat apa yang aku nak . Apa yang aku nak ?  Aku pun tak tahuuuu ~  blablablaa , Nobody cares !
      Lastly , aku nak ucap tahniah dekat Wawa sebab dah dapat phone baru . And also thanks dekat semua classmate aku (except someone) and Cikgu Zalina . Sebenarnya aku rasa happy gila heaven gila bila dah pasang tikar getah dekat kelas . hikkhikk . Cantik doe kelas kitorang . Kau hado ?  >.<
       Oke dah bye . haha . sampai sini je story aku . Walaupun dah lari tajuk tapi story memang mantop . Ye aku tahu dah . Tak payah cakapp . cehh , haha .

Wassalam  :*

Monday, 6 April 2015

Kesian Oyenn :'(

Assalamualaikum and hello ~

Kali ni bukan story pasal aku . It's about .. A cat ..
Actually beberapa hari yang lalu aku online facebook and apa yang aku baca ialah pasal seorang hamba Allah yang membela seekor kucing (aku tak ingat dia dapat dari mana kucing tu) . Kucing bulunya warna oren . Oh ya baru aku ingat nama tuan kucing tu Hilmi Syukran . This boy post kat fb dia mintak tolong pada sesiapa yang boleh tolong bawa Oyen pergi vet supaya Oyen ni dapat dirawat . Kaki Oyen sakit and Oyen banyak sangat kurap . Tuan kucing ni kata dia tak de transport nak hantar oyen pergi vet tapi dia akan bayar semua kos rawatan untuk Oyen .
   Maybe dalam masa terdekat ni ada yang tolong kot . Tu yang petang tadi aku online , terus jek keluar pasal si Oyen tuh . Rupanya Oyen memang dah dibawa ke vet . Tapiii ... Kaki Oyen tu dah tak boleh dirawat lagi . Doktor kata sama ada kaki Oyen and ekornya sekali dipotong atau 'ditidurkan' . Sayu jek hati aku baca time tu  :'(
    Tak sampai hati tengok Oyen macam tu . Ya , even aku tak kenal siapa empunya Oyen tu and Oyen tu sekali , tapi sumpah rasa sedih tu aku dapat rasa yang teramat sangat . Aku pun ada kucing jugak weyh . Dia lari dari rumah seminggu pown aku carik bagai nak rak , ni kan pulak kucing yang mati depan mata tuannya . Siapa tak sedih woii  :'0
     Hope sangat tuan Oyen bersabar . emm .


sekian .. wassalam  :'(




   

Thursday, 2 April 2015

Tak pe . Dah Biasa :')

Assalamualikum and hello world .
2.02 a.m. Aku terjaga dari tidur .

Aku .. Tak sangka pulak boleh jadi macam ni . Semua orang sama je . Tak de beza . Kenapa perlu menipu ? Aku tau aku bodoh but tak perlu lha rasanya memperbodohkan aku . Aku tak tau mana silap aku . Semua yang aku kenal tak de beza . Aku bukan macam apa yang kau nampak . Sekeras keras aku pun aku masih ada hati . Masih ada perasaan weyh .
   Penat rupanya . Penat jaga hati orang . Aku sibuk sangat jaga hati orang sampai aku tak fikir pun apa yang orang buat kat aku . Bodoh kan ? Bodoh sangat-sangat . Aku nak cakap lebih lebih pun aku tak de hak . And apa yang aku boleh cakap bila semua ni berlaku is .. 'TAK PE . DAH BIASA .' 
   Aku mengejar pada benda yang berlari . That's why lha aku rasa penat sangat kot . Tapi penat macam mana pun tak jugak serik . Bila kau nak sedar Qila ??!  Bila kau nak sedar . Ini semua permainan weyh ! Permainan ! Kau yang bodoh sangat pahal ?! Dah lha Qila . Move on .
    Nampak sangat aku bodoh dalam hal macam ni . Hahahaha . Meh gelak ramai ramai ! Kenapa lha jadi macam ni . Aku masih tak sedar apa orang sekeliling aku buat . Tapi apa salahnya kau jujur bro ? Jujur je ! Tak salah weyh . At least aku tak lha berharap sangat . Masalah betul lha kau neh !  :'(

Take a note . Wassalam .

Wednesday, 11 March 2015

Diam .

Assalamualaikum .
Actually I'm not in mood .

Aku bukan manusia yang sempurna . Apatah lagi untuk menjadi malaikat yang tak berdosa . Aku mengaku la aku jahat . :)  Bukan apa , cuma rasa berdosa gila bila kawan sendiri anggap diri aku ni macam macam . Even bukan dari mulut dia , tapi aku tahu apa dia rasa bila aku rapat dengan orang yang dia sayang .
  Ya . Even baik macam mana pun kita dengan best perenggg poreberr kita tu , tipu la kalau tak de rasa sikit pun cemburu ke iri hati ke apa ke , Memang tipu la kalau tak de . Aku pun manusia jugak beb . Aku tau .
   Tak boleh la macam ni . hemm .. Sokay Qila . Just shut up and ignore everything around you . hemm . That's all for today . Thank you  :)

wassalam ~